Friday 9 March 2012

Datuk Jimmy Choo

Ni adalah assignment aku sbnrnya mgenai Datuk Jimmy Choo.. truskn mmbca utk mgthui lbh lnjut..


LATAR BELAKANG
Nama                    : Jimmy Choo Yeang Keat
Umur                    : 50 tahun
Tahun kelahiran         : 1961
Asal                    : Pulau Pinang
Status perkahwinan      : Berkahwin

Bingkisan sejarah hidup
v  Jimmy Choo dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961 dalam sebuah keluarga di mana, ayahnya menjalankan perniagaan membuat kasut. Beliau mendapat pendedahan awal mengenai teknik pembuatan kasut daripada ayahnya iaitu seorang tukang kasut sepenuh masa.
v  Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Shih Chung dan tamat pembelajaran beliau pada tahun enam.
v  Beliau menolong ayahnya dan berjaya menghasilkan kasut pertama pada umur 11 tahun.
v  Menyambung pengajian dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London.
v  Bapanya menanggung pengajiannya untuk tahun pertama, manakala beliau terpaksa menanggung pengajiannya sendiri selama 3 tahun lagi dengan melakukan kerja secara separuh masa sebagai pencuci di restoran dan juga di kilang kasut.
v  Selepas tamat pengajian, beliau mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan. Beliau mengharungi 4 tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan.
v  Setelah empat tahun bertungkus lumus, rekaan beliau mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot.
v Empat tahun berlalu apabila mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, dia terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo.
v  Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa.
v  Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.
v  Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).
v  Dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen.
v  Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
v  Merupakan rakyat Malaysia pertama yang mendapat anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002.
v  Dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
v  Bersara pada tahun 2006 dan menjual saham syarikatnya sebanyak 50 peratus.
rekaan kasut Jimmy Choo
Inspirasi Datuk Jimmy Choo
v  Mendapat ilham dan inspirasi rekaan daripada alam semulajadi seperti pokok dan bunga.
v   Juga dari keadaan sekeliling seperti hiasan dalaman di tempat-tempat yang dilawatinya.
v  Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut yang terdiri daripada bahagian atas, tapak dan tumit bagi memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasutnya berasa selesa dan selamat walaupun mengenakan kasut bertumit tinggi.

KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH SYARIKAT
v  Kejayaan Jimmy Choo bermula pada tahun 1988 apabila kasut beliau mendapat liputan di dalam Majalah Vogue, iaitu sebuah majalah fesyen terkenal di United Kingdom (UK) yang memuatkan rekaannya dalam lapan muka halaman di mana kasut rekaannya terpilih untuk melengkapkan koleksi terbaru pereka-pereka fesyen terkemuka British di dalam sebuah penggambaran fesyen.
v  Kejayaan beliau semakin meningkat setelah mendiang Puteri Diana menyukai dan memakai kasut yang dibuat oleh beliau. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Selepas itu, orang ramai mula memakai kasut buatannya.
v  Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya terus menjulang ke langit.
v  Kini Jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia. Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes.
v  Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz).
v  Pada tahun 2000, Jimmy Choo dianugerahkan dengan gelaran ‘Datuk’ oleh Sultan Pahang atas kejayaan beliau dalam bidang fesyen.
v  Mendapat anugerah gelaran ‘Profesor’ oleh University of the Arts London atas sumbangannya dalam bidang fesyen.
v  Kemuncak kepada kejayaan yang dicapai oleh syarikat  beliau ialah anugerah “Order of the British Empire” OBE (Knighthood) oleh Permaisuri England, Queen Elizabeth II pada tahun 2002 yang menjadikannya rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah tersebut. Anugerah tersebut juga meletakkan nama Jimmy Choo setaraf dengan nama-nama terkenal seperti Richard Branson dan Sean Connery.
v  Pada tahun 2004 pula, Jimmy Choo dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang juga membawa gelaran Dato’.
v  Memiliki lebih 60 butik di seluruh dunia.
v  Jenama Jimmy Choo merangkul pelbagai anugerah antaranya Jenama Pereka terbaik pada 2008 dari Majlis Fesyen Britain.
v  Beliau boleh dianggap sebagai duta Malaysia atas kejayaannya memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen serta sentimen patriotik yang sentiasa diluahkannya ketika berucap tentang negara Malaysia.

STAIL PENGURUSAN
Datuk Jimmy Choo adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pereka kasut dan beg tangan, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
        Peranan Jimmy Choo dalam stail pengurusan syarikatnya boleh ditafsirkan mengikut Mintzberg’s iaitu dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, dalam hubungan interpersonal iaitu sebagai ketua, pemimpin dan orang yang berhubung dengan pihak luar. Sebagai ketua, Datuk Jimmy Choo perlu melaksanakan tugas yang simbolik iaitu tugas-tugas yang bersifat sosial dan melayan pelanggan. Contohnya, Jimmy Choo melayan permintaan Puteri Diana secara peribadi untuk mendapat rekaan kasut yang terbaik mengikut cita rasa Puteri Diana. Oleh itu jugalah Jimmy Choo merupakan pereka kasut yang diminati oleh Puteri Diana semasa hayatnya di atas stail pengurusan Jimmy Choo yang berorientasikan pelanggan.
        Kedua, Jimmy Choo juga bertindak sebagai pemberi maklumat iaitu memantau dalam syarikatnya, sebagai penyebar dan jurucakap. Sebagai penyebar, beliau perlu mengeluarkan memo mengenai keluaran-keluaran baru butiknya, membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan yang istimewa dan sebagainya bagi menarik minat pelanggan. Manakala sebagai jurucakap pula, Jimmy Choo perlu mengeluarkan kenyataan di media-media sama ada media massa, media cetak mahu pun media elektronik mengenai barang keluarannya.
        Jika terdapat sebarang pertikaian mengenai barangannya juga, beliau perlu mengadakan media konferens untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sebagai contoh, Datuk Jimmy Choo mendapat anugerah OBE iaitu “Order of the British Empire” daripada Permaisuri England, Queen Elizabeth II. Dalam sebuah temuramah, Datuk Jimmy menceritakan dia membaca perutusan daripada Queen Elizabeth untuk menerima anugerah tersebut sambil tangannya terketar ketar. Namun, hasil kesungguhan beliau yang selama ini menubuhkan syarikatnya membuat beliau berkeyakinan untuk menerima anugerah tersebut.
  Ketiga, Jimmy Choo merupakan pembuat keputusan di dalam butik atau syarikatnya. Beliau adalah usahawan iaitu beliau perlu memikirkan apa yang terbaik untuk syarikatnya, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai dan cara untuk menjaga kualiti barangan rekaannya. Beliau juga bertindak sebagai penyelesai gangguan dalam syarikat. Contohnya, jika ekonomi merosot beliau perlu memikirkan cara-cara untuk mengatasinya. Beliau juga turut berperanan sebagai pengagih sumber iaitu langkah-langkah untuk membelanjakan sumber ke arah mana sama ada ke bahagian pemasaran atau pun bahagian pengurusan dan bahagian-bahagian lain. Sebagai pembuat keputusan, beliau turut mengambil peranan sebagai perunding. Beliau perlu berunding dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka untuk menghasilkan rekaan yang terbaik. Beliau juga akan memberi pendapat beliau kepada pelanggannya mengenai kasut yang sesuai dengan pelanggan tersebut. Peranan Jimmy Choo sebagai perunding amat penting kepada pelanggannya untuk mereka membuat keputusan.
mampukah???hahaha

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga dengan syarikat Jimmy Choo sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Datuk Jimmy sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.
           Permulaan kisah beliau bermula apabila Jimmy Choo ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas menyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh. Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.
        Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan. Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.
        Namun, selepas empat tahun berlalu, nasib beliau berubah. Ditakdirkan mendiang Puteri Diana berkenan dengan rekaan Jimmy Choo lantas membelinya. Semenjak dari hari itu, Puteri Diana terus jatuh cinta dengan rekaan Jimmy Choo. Nama Jimmy Choo terus melonjak dan jualannya menjulang ke langit. Kini Jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia.
        Pelbagai cabaran yang dilalui oleh Datuk Jimmy, namun berkat kesungguhan beliau dalam mengharungi pelbagai rintangan dalam mengejar cita-citanya menyebabkan jenama Jimmy Choo terus gah sehingga sekarang. Terlalu banyak cabaran yang dilalui walaupun amat susah, namun Jimmy Choo mempunyai semangat yang sangat kuat untuk mengharunginya. Oleh itu, setiap cabaran merupakan sebuah langkah permulaan kepada kejayaan.

3 comments:

Anonymous said...

It's actually very difficult in this active life to listen news on Television, thus I just use world wide web for that purpose, and get the latest news.

Here is my web-site Refinance Real mortgage loan loan estate

Anonymous said...

We stumbled over here by a different web address and thought I may as well check things out.
I like what I see so now i am following you. Look forward to finding out about your web page repeatedly.


Feel free to surf to my homepage ... online mp3 player

Anonymous said...

agak membantu

MASUK-MASUK

PitaPata Cat tickers

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers