Saturday, 31 March 2012

CONTEST : CERITA SERAM


klik banner kt atas utk join yer!!!
nk tag



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

PENGALAMAN SERAM BALIK KAMPUNG



Cerita bermula apabila aku dan lima sahabat pulang ke kampung aku di utara semenanjung. 
Aku (kila), nilam, azi, not, hanan dan aton.
Pertama kali sampai kat halaman rumah aku merasa pelik sebab nampak rumah aku kecik dari biasa..
Tapi malas nak fikir bukan-bukan
Maklumlah kawan-kawan baru sampai rumah aku kan
jauh pulak tu..

Aku pon bagi salam
Kila : assalamualaikum,, assalamualaikum mak,,ooo mak

Beberapa minit kemudian mak membuka pintu
Mak : la,,dah sampai ka??mai masuk mai.kila ajak kawan-kawan masuk rumah kaih..

Aku pon ajak la kawan-kawan aku masuk dalam rumah. Masa masuk dalam rumah tu, aku rasa asing, aku rasa pelik sangat tapi aku cover dari kawan-kawan aku.
Mak bawa kami ke satu bilik. Dalam bilik tu ada banyak katil macam kat asrama sekolah dulu-dulu. Aku fikir maybe abah pecahkan tembok kat bilik tengah kot sebab tu bilik ni besar.
Kami pun rehat kat katil masing-masing.

Malam tu mak panggil kami semua makan. Kami pun keluar bilik dan pegi dapur nak makan.
Kila : aik? Abah mana mak?
Mak : besala, ada mesyuarat la tu, balik lambat.
Nilam :  sedapnya mak cik masak, bestla kila boleh makan
macam-macam m.cik masak kat dia.
Mak :     ha,makanla..kalau sedap tambah lagi, kalau tak sedap
makan jugak hak dalam pinggan bagi habis.

Kawan-kawan yang lain gelak ja

Mak : m.cik lawak ja,ha makanla..jangan malu-malu

Dah selesai makan semua, aton ajak aku tengok tv.

Aton : kila, jom tengok tv
Kila : p la dulu, aku nak membuang jap
Azi : kila ni kalau tak membuang tak sah
Kila : huhu, biasala

Masa aku nak masuk dalam toilet,bulu roma aku menegak len macam ja, sebelum ni sumpah tak penah rasa macam ni. Dah aku sakit perut sangat, aku teruskan sajala hajat tu.
Tiba-tiba, aku dengar bunyi kat luar macam aku tengah duduk kat dalam hutan ja. Bunyi binatang-binatang dan sayup-sayup ja.
Aduh!!!!!! Dugaan apakah ini?? Bunyi sayup-sayup macam orang minta tolong... ‘tolong……………………….,tolong…………………,uuuuuuuuuu…
Huhuuuuuuuuuuuu, uuuuuuuuu, ong………ong………
Aku terus mempercepatkan apa yang patut dan terus berlari keluar dari toilet.

Aku jenguk bilik mak, mak dah tido. Aku pon terus melepak dengan kawan-kawan kat depan tv. Not takda kat depan tv.
Kila : weh, not mana?
Hanan : dia kata nak p toilet tadi.
Azi : mana ade, die takot nak g toilet sorang-sorang, die ade kat dalam bilik.
Kila : apsal takot plak? Aku kan ada kat toilet sebelah?
Azi : entah, dia cakap kila takde, die tak jadi masuk toilet.
Kila : pulak..

Aku pon terus masuk bilik dan nampak not tengah tidur kat atas katil.
Kila : orang tu dah tidur ke?
Not :     hang ni kila, tekejut aku. Aku sakit perut ni mana boleh tidoq. Rumah hang ada minyak panas tak? Nak sapu kat perut kot kot la lega.
Kila : sat naih, nak p cari tengok. Nak tanya mak aku dah tidoq.

Aku pun carilah dekat tempat-tempat yang sama waktu dengannya yang mak aku selalu simpan minyak ni.
Cari punya cari tak jumpa pun.
Tapi aku terpandang satu botol yang pelik. Bentuknya sangat pelik macam kelongsong tempat simpan keris. Aku ambil dan bukak tudungnya. Baunya busuk yang amat sangat tak tahu nak describe macam mana. Aku nak kejut mak, tapi kesian la pulak dah masak kat kami penat-penat petang tadi.

Aku pon britahu not umah aku takda minyak. Not nampaknya sudah ok sedikit berbanding tadi. Tiba-tiba……
Nilam : kila………jom teman aku p toilet
Kila : la,,,,,,,p la sendiri (sekadar mengusik,aku tau nilam agak penakut orangnya…haha,,bukan nak cakap aku berani, aku sendiri sebenarnya takut ketika ini berada di rumah sendiri)
Nilam : uuuuuuuuuu(buat gaya nak menangis), kila,,, jom la… azi takmau teman aku…
Kila : jom la

Kami pun menuju ke toilet
Nilam : kila, takot la, jom la masuk sekali..
Kila : aish,, takkan nak masuk sekali? Hang p la, aku tunggu kat luar ni..
Nilam : kila,,,,kila,,,,
Kila : yala yala
Aku tak tengok ok nilam buat apa sebab aku mengalihkan pandangan aku..hahaha
Nilam : kila, jangan tengok tau
Kila : cepatlah

Uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhuhuhhhhuuhuhhhhhhhhuuuuuuuuuuuuu
Suara itu berbunyi lagi
Nilam : kila, apa tu?
Kila : syuh,,,jom cepat keluar
Nilam : aku takot……

Aku heret tangan nilam untuk keluar tapi aku tersekat di antara pintu toilet dan pintu untuk keluar. Nilam boleh keluar tapi aku tak boleh. Aku seperti terkaku dan tidak boleh berbuat apa-apa. Nilam masih memegang tangan aku. Nilam cuba untuk menarik tangan aku tetapi tidak berjaya. Aku memberikan isyarat mata kepada nilam supaya beredar. Nilam enggan tetapi akur kemudiannya. Aku cuba lagi untuk menggerakkan badan aku tetapi tidak berdaya. Aku memejamkan mata. Bayangan wajah yang sangat hodoh di depan mata aku ketika itu. Dia cuba untuk mencekik aku, darah di mukanya memercik ke muka aku. Nanah-nanah di badannya melimpahi seluruh tubuh aku. Aku cuba untuk membuka mata tetapi tidak boleh. Aku merasakan mata aku seperti telah digam oleh gam gajah. Sangat sakit kurasakan mata aku ketika itu, aku menunjal-nunjal mata aku tetapi wajah hodoh itu masih cuba untuk merapati aku dan ingin mencekik aku. Tangannnya sangat panjang seperti akar pokok yang terkena panahan kilat. Aku hanya berdoa meminta pertolongan Allah. Aku baca ayatul kursi dan tiga khul. Tapi aku tidak dapat membuka mata. Aku menjerit Allahuakbar dengan kuat beberapa kali. Akhirnya, aku dapat membuka mata dan aku sudah tidak tersekat lagi di depan pintu bilik air.

Aku pergi ke ruang tamu, dengar suara orang menjerit-jerit kat tengah rumah. Aku berlari ke ruang tamu. Aton dan hannan kena rasuk. Mereka menjerit-jerit memandang aku. Mereka ingin menerkam aku, tetapi aku sempat berlari masuk ke dalam bilik. Aku lihat not, nilam dan azi berpeluk ketakutan.
Azi : kila, kenapa jadi macam ni?
Not: a…a….aaakuuu ta..tta..kot.aaa..kuuu ttaaa…tak sangguppp
Kila : sori la weh, aku tak tau. Aku tak tau napa boleh jadi macam ni. Hanan ngan aton weh, macamana dengan depa?
Nilam : aton bukak tingkap tadi, dia ajak hanan tengok benda pa ntah, tiba-tiba depa jadi macam tu.. kami terus lari masuk dalam bilik ni.
Kila : sungguh aku tak tau macamana boleh jadi benda ni.. aku nak keluaq sat p jumpa mak aku. Mesti ada apa-apa yang aku tak tau ni.
Azi : kami tak salahkan hang kila. Tadi nilam dah cite kjdian kt toilet, bukan salah hang pon..
Not : kila, jangan keluaq kila..bahaya kat luaq tu.
Nilam : betoi not cakap, better kita semua dok kat sini ja.
kila : argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……
kedengaran bunyi pintu diketuk bagaikan hendak pecah.

Hanan : bukakkkkkkkkkk……hahahahahahahaahahaha…bukak!!

Bukan suara hanan tetapi suara makhluk yang masuk ke dalam badan hanan. Tingkap bilik pecah satu-persatu tiba-tiba. Kami berempat semakin mengeratkan pelukan. Aton menghentak kepalanya ke tingkap sehingga berdarah kepalanya.

Kila : aton, jangan aton

Aku pergi ke arah tingkap dan menahan kepala aton dari menghentak kepalanya ke tingkap. Tiba-tiba, azi, nilam dan not menjerit serentak ‘kilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa’

Aku berpusing melihat mereka bertiga. Azi menunjukkan isyarat tangan ke arah tanganku. Nilam dan not memejam mata masing-masing ketakutan. Aku melihat tanganku yang menahan kepala aton. Masya Allah, bukan kepala aton yang aku pegang. Rupa-rupanya kepala makhluk yang menahan aku di dalam toilet tadi. Makhluk itu mengilai-ilai sambil menjelirkan lidahnya ke mukaku.

Azi : lepas kila

Aku pun menolak kepala makhluk tersebut. Azi mengajak kami semua membaca surah yasin dan surah-surah yang kami ingat.

Seketika kemudian, pintu bilik terbuka. Kami semua terkaku kecuali azi yang meneruskan pembacaannya. Hanan dan aton berlari memeluk kami. Azi meminta agar kami meneruskan pembacaan ayat-ayat suci. Tiba-tiba, pintu bilik bergegar. Rumah juga seakan bergegar. Pamandangan ketika itu seperti kami semua berada dalam satu kotak dan kami digoncangkan.

Setelah 3 jam mengharungi detik cemas, keadaan semakin reda. Tiada lagi bunyi gangguan yang kami alami. Kami berpakat hendak keluar dari rumah malam itu juga. Berbekalkan surah yasin dan diiringi ayat-ayat suci di mulut masing-masing, kami beriringan berjalan untuk keluar.

Malangnya, kami tidak jumpa jalan keluar. Kami tidak menjumpai satu pintu pun untuk keluar. Aku terdengar bunyi seperti orang menetak sesuatu di dapur. Aku ke dapur dan mendapati mak tengah menetak sesuatu dan kurasa itu ialah ikan. Keadaan mak ketika itu sangat tidak terurus. Mak bukan seperti itu. Rambut mak yang panjang berjurai menutupi keseluruhan wajahnya. Tapi pelik juga kenapa mak menyiang ikan pada pukul 3.30 pagi?

Kila : mak,mak… cek nak tanya ni

Mak pun beralih dan mengacu pisau ke arahku.

Kila : mak, apa ni?

Mak telah menikam perutku. Aduh!!! Sungguh sakit kurasakan..
Adoi……aku buka mata,, aku berpeluh-peluh,,aku mimpi rupanya..
Relax ar,,hehe


2 comments:

cumel2 si khoochinku said...

hahah mst tme ang mmpi ney ang skit pqut nk p toilet kn?? :P

SYAF said...

menarik cete nie...thank sbb sudi join yea.... :)

MASUK-MASUK

PitaPata Cat tickers

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers