Friday 18 May 2012

kena kurangkan makanan pedas...hurm :(


alahai
pasni aku kena kurgkan makan mkanan pedas la.
nak jauhi dari penyakit
x tahu la aku mampu ke tak utk wat.
insya Allah, mudah-mudahan aku mampu mengubahhya.
nak tahu kenapa?

sebabnya lepas mkn mknan pedas je aku akan terus mmbuang.
mulut aku tahan pedas tapi perut aku x tahan pedas.
aku slalu panggil perut aku perut second hand..
second hand pun kalo ada jual xpe, ni mana ada jual kt mana2..
itulah, nk kena jaga pemakanan ni.
mulut sedap je melantak,
alamatnya, perut la x tahan
adush!!!!!!
tapi, kalo aku x mkn pedas pun aku suka membuang jugak.
apa cerita ni?
mungkin sistem pencernaan aku bermasalah kot.

aku dah penah jumpa doktor sebelum ni
masalah : najis berdarah + suka membuang
solution : doktor bgi ubat n suruh kurgkan mkn mknan pedas, kalo najis masih berdarah dlm masa smiggu aku perlu kembali jmp doktor pakar.
lpas aku mkn ubat, dh ok dh tpi mslh kerap buang air besar 2 still ada jugak..
mak aku pun risau jgk ngan mslh aku takot 'kanser usus'
Ya Allah, jauhilah aku dari segala penyakit.

lepas 2 aku pn cari la fakta2 mengenai kanser usus dsb
jom terjah

KANSER USUS:
KESAN DENGAN AWAL

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada 
kanser yang kerap berlaku.
Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan 
boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil 
untuk mengurangkan risiko kanser usus.

Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
 Usus kecil- tempat makanan diserap
 Usus besar- tempat  air dan garam diserap
Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Saluran Pencernaan



Apa itu kanser usus?

Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus 
besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk 
menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada 
peringkat awal.

Berapa ramaikah penghidap kanser usus?

Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang 
ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. 

Siapakah yang berisiko menghidapi kanser

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika 
anda berusia lima puluh tahun ke atas.
Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
 mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
 pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih 
daripada lapan tahun.
Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang 
risiko mendapat kanser usus.

Tanda-tanda kanser usus 

Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus 
berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
 Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
 Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang 
air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air 
besar daripada biasa.
 Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
 Sakit perut.
 Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
 Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini 
mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. 
Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser 
usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila 
berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian 
tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah 
lebih baik.

Ujian saringan untuk kanser usus

Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai 
tanda-tanda menghidap kanser usus. Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood 
test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur 
lima puluh tahun ke atas.

Faecal occult blood test (FOBT)
FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian 
ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit 
ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis.
FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat 
dilihat dengan mata kasar). Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip 
(ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun 
disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam  tinja, ujian 
lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan.
Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan 
sekiranya dikesan pada peringkat awal. Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang 
sebelum  bertukar menjadi kanser.
Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ?
Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor 
untuk menjalani FOBT dua tahun sekali. 
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh menghubungi KanHelp Line di 03-89472706 .

Mengurangkan risiko kanser usus

Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
 makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan. 
LEBIHKAN...pemakanan harus dijaga terutama lebihkan sayuran dan buah-buahan.

 mengekalkan berat badan yang sihat.
 selalu bersenam.
Foto
 tidak merokok.
 kurangkan minum alkohol.
Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada 
diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak 
faedah kesihatan yang lain.

pesanan : JIKA di kawasan perumahan anda ada tertampal poster yang mengajak menjalani saringan kanser usus secara percuma, janganlah memandangnya sebelah mata. Ia adalah peluang baik untuk membawa ibu bapa yang sudah berumur menjalani pemeriksaan awal tanpa perlu bersusah payah ke hospital.
Meskipun kanser usus lebih kerap berlaku pada warga senior (berumur 50 tahun ke atas) kaum Cina, tidak bermakna kita yang berbangsa lain terlepas daripada kemungkinan menghidap penyakit ini kerana serangan kanser tidak mengenal batasan keturunan dan kedudukan


3 comments:

Unknown said...

kebetulan nye entry ni.. amer nak plan makan sardin dalam tin tu yang pedas.. hurmm xpe kan kalau amer suka makan sardin tu ? atau membahayakan sebab ianya pedas?

Killa said...

hehehe..
amer ada mslh mcm sy jugak ke kalo mkn mkanan pedas?
kalo xdak mslh,on je..
ia mmbhayakan bgi org yg mcm sy yg mudah skit perut..
=)

Killa said...

tpi utk mnjga kshtn kita pd msa hdpn,kena berpntang jugak la,huhu..
mkn dlm kuantiti yg sdikit..
agak susah bg org yg suka pedas..
kdg2 2 lbih rela sakit perut dri x mkn mknan pedas..bahaya la takot mndtgkn pnyakit..

MASUK-MASUK

PitaPata Cat tickers

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers